ER Studios - The Music Specialists. Musical Instrument Reviews, Event Management, Equipment Rental, Jamming Studio, Music Lessons; We've Got Them All. Lot 3021, 3rd Floor, Endah Parade, Sri Petaling 57000 Kuala Lumpur MALAYSIA Call +60395432201 for information!
Friday, September 24, 2010
Sunday, September 19, 2010
Pemilik Jamming Studio - teknik "Jamming Survival"
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya pemilik sebuah studio jamming di Kuala Lumpur, Malaysia. Tujuan saya membuka blog ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua, samada pemilik jamming studio atau seorang yang ingin memiliki jamming studio - jikalau anda mempunyai jamming room persendirian di rumah, artikel ini untuk anda! Idea ini sangatlah senang, tapi teramat penting untuk bertahan atau "sustain" sebagai sebuah studio - saya memanggilnya konsep "Jamming Survival". Konsep ini telahpun diterajui, dan dibuktikan berjaya oleh ramai individu dan jamming studio di serata negara. Ia telah menyelamatkan ramai pengurus jamming studio dari gulung tikar, dan bukan sekadar menyelamatkan, malah juga dapat mengembangkan business mereka ke suatu tahap yang lebih baik dan produktif. Biar saya ceritakan pengalaman saya sebagai seorang pemilik jamming studio.
Pada tahun 2004, saya dan rakan kongsi saya bertujuan untuk memiliki jamming studio sendiri. Pada masa itu, kami masing-masing telahpun menghabiskan pelajaran dan telah berkerja untuk jangkamasa yang tidak begitu panjang; kami pun mendapat idea bahawa jamming studio ini adalah suatu perniagaan yang agak menguntungkan, tambahan lagi kami pun ahli muzik. Kami membuka studio kami dengan modal RM20,000.00 untuk memulakan perniagaan ini dengan memakai equipment atau peralatan "budget", yang murah sekali. Kami menggunakan kotak telur sebagai "soundproofing", carpet yang murah dan pintu "single door" yang digunakan di rumah. Tak banyak wang yang diperuntukkan untuk pengubahsuaian, atau mengupah orang - kebanyakkan kerja dilakukan kami berdua.
Setelah siap kami pun mencetak dan membuat beratus-ratus salinan poster dan flyer untuk ditampal (secara halal dan haram) disekitar bandar Kuala Lumpur.
JAMMING STUDIO BARU
RM20 SEJAM
PANGGIL 03-95432201 UNTUK BOOKING
Beginilah rupa poster untuk permulaan perniagaan kami. Kami membuat 2 studio; Studio A (RM20 sejam) dan Studio B (RM18 sejam). Ramailah juga pelanggan yang datang. Ada dari merata Kuala Lumpur, ada yang dari daerah lain dan ada juga dari negeri lain untuk bersinggah di Kuala Lumpur. Bila sebegitu, masanya sudah tidak tetap dan banyak "clash". Banyaklah bergaduh dan tidak puashati diantara band apabila masa yang diberi tidak begitu sesuai. Setelah berapa bulan macam-macam masalah kami temui. Bukan saja masa "clash" untuk band, tetapi masa clash untuk kami dan keluarga kami sekali. Sebagai jamming studio masa untuk berbuka teramatlah lambat. Syif kami bertukar, 8 jam seorang, berkerja sebanyak 16 jam sehari - adakalanya lebih! Band buat hal. Pelanggan tak menepati janji masa. Peralatan banyak rosak, sentiasa kena turun KL beli baru, orang lepas tension dalam studio, sampai ada orang melakukan maksiat dan kegiatan dadah di dalam studio!
Setelah 6 bulan berlarutan, kami mula berfikir bahawa ini mungkin bukan sebuah idea yang bagus untuk sebuah perniagaan. Kami terpaksa berkerja teramat keras untuk pulangan yang sedikit. Tidak munasabah langsung, kami berbincang. Kami perlu memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan perniagaan kami, tetapi apa? Kami mendapat purata RM150 sehari dan kalau didarabkan 30 hari maka pendapatan kami RM 4500 sebulan. Kalau ditolak dengan sewa , gaji , elektrik, air, maintanence, etc, cuma tinggal RM2500 sebulan. Dibahagi dua, seorang RM1250. Dengan kata lain keuntungan RM 2500 sebulan dan modal RM20000 ini adalah persamaan kepada 8 bulan kita dapat balik modal kita. Itu sudah memadai kalau berbandingkan dengan business lain yang mungkin mengambil masa 1-2 tahun untuk mendapatkan modal kembali. Sebenarnya tidaklah begitu teruk sekali perniagaan ini tetapi masalah pelanggan memang merunsingkan.
Kami membuat keputusan untuk menjual peralatan muzik untuk "back up" jamming studio kami. Dengan menggunakan RM2000 untuk membeli guitar, kami mempamerkan gitar di jamming studio kita dan dengan budak jamming yang keluar masuk, maka mereka telah menjadi "second batch" pelanggan iaitu 'retail customers' - mereka sewa studio dan beli alat muzik dan sales kami bertambah.. Setiap hari kita untung lagi RM200 daripada penjualan gitar-gitar tersebut, dan kami mula menggandakan gitar-gitar tu menjadi 20 -30 biji untuk display unit. Dengan penggandaan sebegini maka untung penjualan pun berganda ke RM 400 dan dengan sewa jamming RM 150, kami memperolehi keuntungan RM550 sehari dan RM16500 sebulan.
Pelaburan kami semakin meningkat. Gitar yang mulanya 10 buah berkembang kepada 30 buah, meningkat kepada 100 buah dan sekarang kami mempunyai lebih kurang 500 gitar dalam stor. Mengapakah perkembangan sebegini boleh berlaku?
Pertanyaan inilah isi kepada konsep "Jamming Survival". Aset atau harta terbesar anda bukanlah gitar Fender USA Strat, Marshall Valve Stack mahupun Tama Starclassic berharga beribu-ribu. Aset terbesar anda sebenarnya terletak pada band dan kaki-kaki jamming yang sentiasa datang jamming di studio. Merekalah yang akan membelanja wang secara konsisten terhadap perniagaan anda yang berkembang. Jika kita tiada produk untuk dibeli, mereka hanya membayar apa yang ada iaitu sewa jamming studio. Setiap kali mereka datang mereka membelanja RM 5 seorang. Mereka tak dapat belanja ratus-ratus kerana kita mempunyai produk untul dijual. Jangan lepaskan keuntungan penjualan gitar ini , padahal mereka akan membeli gitar suatu hari kemudian. Jika kamu tidak berubah atau berkembang, rezeki ini akan terlepas ke tangan orang lain.
Pengalaman sebegini ingin kami berkongsi dengan anda semua supaya anda juga boleh menjadi usahawan alat muzik yang terkemuka dinegeri kamu. Konsep "Jamming Survival" adalah satu idea yang boleh dikadikan batu loncatan dalam bidang ini. Konsep "Jamming Survival" akan memberi anda peluang keemasan untuk menjadi lagi besar dan meraut lebih banyak keuntungan. Dengan stok sebanyak 10-15 gitar, bukan saja ia dapat menghiaskan lagi studio tapi disamping itu ianya membolehkan anda membuat penjualan langsung kepada band dan kaki jamming. Jangan membazir masa lagi kerana anda akan kehilangan setiap saat yang tak akan berulang lagi. Bertindak sekarang sebelum lebih ramai orang lagi yang membuat demikian, kerana bidang ini masih mempunyai ruang dan potensi yang luas dimana tak ramai orang bergiat dibidang ini berbanding dengan bidang lain seperti handfon, cafe, kedai runcit dan sebagainya sebelum banyak persaingan.
Jika anda ingin mencontohi kami, bermula dari sini dan jikalau anda mampu membelanja RM 1500 untuk stok gitar, realiti untuk menjadi usahawan pemuzik akan menjadi kenyataan kelak. Dengan ini ingin kami menyampaikan pantun kepada saudara dan saudari sekalian sebagai tanda terima kasih diatas sokongan anda selama ini:
Di Kuala Kangsar kebunnya berbaja,
Pekebun rajin bertanam durian ,
Kerana keluarga dia membuat apa saja,
Semoga hidup sekeluarga nyaman dan aman.
Nak buka 'jamming studio' bukannya senang,
Business yang rugi kerana tak buat semakan,
Seperti tanam durian, memang tak senang,
Jangan pokok berbuah orang lain pula yang makan.
Renunglah pantun yang kami cipta ini; semoga ia juga memberi ilham kepada anda semua untuk terus berkembang didalam bidang ini. Kalau kami dapat melakukannya dengan membuat langkah pertama untuk stok 10-15 gitar, anda pasti dapat berbuat demikian.Kini gitar dikedai kami telah mencecah 1000 alat muzik termasuk gitar, keyboard, drumkit, violin, cello, viola, dan bermacam-macam lagi. Kita telah berjaya menjadi satu gitar supplier di semenanjung dan Sabah/Sarawak. "Jamming Survial" cuma adalah satu konsep; yang lain terletak di tangan anda. Cuma membelanjakan segelintir wang untuk stok gitar dan kamu pasti berjaya. Contohnya kalau budget kamu untuk beli drum adalah RM 3500 , dari sini kamu kurangkan budget drum ke RM 2000 dan baki RM 1500 kamu beli stok 10-15 biji gitar. Itu saja , ia tak melibtakan budget yang berlebihan. Cuma guna budget yang sama untuk dapatkan barangan yang lebih. Gunakan tapak jamming studio kamu untuk memaksimumkan keuntungan sebelum pelanggan jamming membelanjakannya dikedai gitar lain. Jika buka studio jamming, sambil-sambil itu boleh juga menjual barangan.
Jikalau kamu ada sebarang pertanyaan tentang "Jamming Survival", kamu boleh hubungi saya di talian 019-2212595 atau layari laman blog http://guitarempire99.blogspot.com dan saya sedia memberi anda nasihat dan panduan untuk mengembangkan business jamming studio anda.
Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)